Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

STPM VS MATRIKS

Selepas memperoleh keputusan SPM , sudah tentu pelajar-pelajar tertanya-tanya laluan manakah yang akan dipilih sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda . Laluan tersebut adalah laluan prauniversiti. Prauniversiti (Pre-University) merupakan program pengajian yang menyediakan para pelajar dengan suasana pembelajaran di universiti.  Di Malaysia , terdapat banyak laluan. Namun demikian, mereka semua diiktiraf setaraf STPM dan di dalam UPU dikategorikan sebagai STPM/setaraf . Antaranya ialah Matrikulasi , Asasi , Diploma UA , Diploma Politeknik , A-Level dan lain-lain. Setiap laluan berbeza dari segi tempoh pengajian, sukatan pelajaran dan sebagainya.  Pada masa dahulu, semasa penjajahan British , rakyat Tanah Melayu selepas tamat SPM akan menduduki HSC (Higher School Certificate) . Selepas tamat HSC barulah mula Sijil Tinggi Persekolahan dan pada tahun 1985 ditukar kepada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM ) yang diiktiraf setaraf dengan A-Level Uni...