STPM VS MATRIKS
Selepas memperoleh keputusan SPM, sudah tentu pelajar-pelajar tertanya-tanya laluan manakah yang akan dipilih sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Laluan tersebut adalah laluan prauniversiti. Prauniversiti (Pre-University) merupakan program pengajian yang menyediakan para pelajar dengan suasana pembelajaran di universiti.
Di Malaysia, terdapat banyak laluan. Namun demikian, mereka semua diiktiraf setaraf STPM dan di dalam UPU dikategorikan sebagai STPM/setaraf. Antaranya ialah Matrikulasi, Asasi, Diploma UA, Diploma Politeknik, A-Level dan lain-lain. Setiap laluan berbeza dari segi tempoh pengajian, sukatan pelajaran dan sebagainya.
Pada masa dahulu, semasa penjajahan British, rakyat Tanah Melayu selepas tamat SPM akan menduduki HSC (Higher School Certificate). Selepas tamat HSC barulah mula Sijil Tinggi Persekolahan dan pada tahun 1985 ditukar kepada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diiktiraf setaraf dengan A-Level University of Cambridge, United Kingdom.
Namun demikian, setelah bertahun berlalu penglibatan kaum Bumiputera dalam aliran Sains semakin berkurang. Hal ini menyebabkan pihak kerajaan terpaksa membina Matrikulasi iaitu Program Matrikulasi KPM. Selain itu, pihak kerajaan ingin menyelaraskan program Matrikulasi yang dikendalikan oleh pihak universiti awam. Menghairankan kerana program tersebut masih ada dan ditukar nama kepada program asasi. Namun, hanya 3 Asasi yang diterima kemasukan ke universiti lain bagi peringkat Sarjana Muda iaitu Asasi UM, Asasi UiTM dan Asasi Pintar UKM.
Ulasan
Catat Ulasan