Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam

Untuk makluman semua, terdapat tiga jenis pusat tingkatan enam iaitu pusat tingkatan enam mod 1, pusat tingkatan enam mod 2 dan pusat tingkatan enam mod 3. 

  • Kolej Tingkatan Enam (Mod 1)

Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya pelajar-pelajar tingkatan enam sahaja dan diajar oleh guru-guru yang dilantik untuk mengajar pelajar tingkatan enam.

  • Pusat Tingkatan Enam (Mod 2)

Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di bawah sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walaubagaimanpun, pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.

  • Pusat Tingkatan Enam (Mod 3)

Sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas jauh daripada Bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam dan beroperasi di bawah sekolah arus perdana dibantu oleh Pengetua arus perdana dan Penolong Kanan Tingkatan Enam.

Selaras dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjenamakan semula pendidikan tingkatan enam. Salah satu penjenamaan semula ini ialah dengan menukar nama Pusat Tingkatan Enam (PTE) Mod 1 kepada Kolej Tingkatan Enam (KTE). Sebelum ini PTE Mod 1 berkongsi dengan murid-murid arus perdana tetapi dengan pembaharuan ini telah membuatkan KTE hanya menempatkan pelajar tingkatan enam sahaja. Murid-murid arus perdana dipindahkan ke sekolah berdekatan dan tidak lagi berkongsi dengan pelajar tingkatan enam. 

Pembaharuan ini telahpun dilaksanakan dengan penukaran Pusat Tingkatan Enam Mod 1 SMK Bandaraya II kepada Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, Sabah. KTE Kota Kinabalu adalah KTE pertama di dalam Malaysia menempatkan hanya pelajar tingkatan enam sahaja. 


Berikut merupakan senarai kolej tingkatan enam: 

1. KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU, SABAH

(Dahulu SMK Bandaraya II)

2.  KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN, SABAH
(Dahulu SMK Datuk Pengiran Galpam)

3. KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU, SABAH
(Dahulu SMK Kabota)

4. KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK, SARAWAK
(Dahulu SMK Saratok)

5. KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN, JOHOR
(Dahulu SMK Bandar Putra)

6. KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH, MELAKA TENGAH, MELAKA
(Dahulu SMK Durian Daun)

7. KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MAHKOTA, KUALA LUMPUR 
(Dahulu SMK Desa Mahkota)

8. KOLEJ TINGKATAN ENAM PUDU JAYA, KUALA LUMPUR 
(Dahulu SMK Puterijaya)

9. KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA, KLANG, SELANGOR 
(Dahulu SMK Sri Istana)

10. KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM, PETALING PERDANA, SELANGOR
(Dahulu SMK Seksyen 24)

11. KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG, PETALING PERDANA, SELANGOR 
(Dahulu SMK Batu Lapan)

12. KOLEJ TINGKATAN ENAM BANDAR UTAMA, PETALING UTAMA, SELANGOR 
(Dahulu SMK Bandar Utama)

13. KOLEJ TINGKATAN ENAM PETALING JAYA, PETALING UTAMA, SELANGOR 
(Dahulu SMK Petaling Jaya)

14. KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN ABDUL AZIZ, KUALA SELANGOR, SELANGOR 
(SMK Sultan Abdul Aziz)

15. KOLEJ TINGKATAN ENAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, SABAK BERNAM, SELANGOR
(SMK Tunku Abdul Rahman Putra)

16. KOLEJ TINGKATAN ENAM TAPAH, PERAK
(Dahulu SMK Tapah) 

17. KOLEJ TINGKATAN ENAM SERI PUTERA, IPOH, PERAK 
(Dahulu SMK Seri Putera)

18. KOLEJ TINGKATAN ENAM SERI IPOH, IPOH, PERAK 
(Dahulu SMK Seri Ipoh)

19. KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN, TIMUR LAUT, PULAU PINANG 
(Dahulu SMK Haji Zainul Abidin)

20. KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG 
(Dahulu SMK Desa Murni)

21. KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN, KOTA SETAR, KEDAH 
(Dahulu SMK Hutan Kampung)

22. KOLEJ TINGKATAN ENAM KULIM, KEDAH
(Dahulu SMK Taman Mahsuri) 

23. KOLEJ TINGKATAN ENAM HULU TERENGGANU, TERENGGANU
(Dahulu SMK Kuala Berang)


Pusat Tingkatan Enam Mod 2 dan Mod 3 pula, anda perlu cari sendiri senarai Pusat Tingkatan Enam tersebut atau menghubungi PPD atau JPN. Jika cari di Internet kadang-kadang maklumatnya tidak terkini kerana ada pusat tingkatan enam yang ditutup atau dipindahkan ke pusat tingkatan enam lain. 


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengenalan kepada Pengajian Am

Tingkatan Enam- Apa Yang Anda Perlu Tahu