Tip Skor Pengajian Am Semester 1
TIP SKOR PENGAJIAN AM STPM
Wajib bagi setiap calon STPM mengambil kertas peperiksaan Pengajian Am tidak kira jenis calon dan aliran yang dipilih. Selain itu, setiap pelajar STPM juga mestilah lulus penuh iaitu PNGK 2.00 ( C ) bagi melayakkan pelajar lepasan STPM ini memohon untuk menyambung belajar di peringkat Ijazah Pertama.
Sebelum kita mendalami dengan lebih lanjut tentang bagaimanakah seseorang pelajar tingkatan enam menskor mata pelajaran ini hendaklah kita lihat semula kandungan sukatan pelajaran Pengajian Am ini. Bermula dengan semester 1.
SEMESTER 1
Semasa semester 1 atau penggal 1, pelajar STPM akan mempelajari dua buah bab dalam mata pelajaran Pengajian Am iaitu Bab 1: Kemahiran Belajar dan Bab 2:Malaysia Negara Berdaulat. Untuk makluman, bab 1 hanyalah sekadar pengetahuan am sahaja yang perlu diketuai oleh setiap pelajar, kemahiran-kemahiran yang diajar seperti kemahiran membaca, kemahiran berfikir, kemahiran mengumpul maklumat dan lain-lain sekadar perlu diketahui sahaja dan setakat ini (STPM 2020) tidak pernah keluar soalan berkaitan dengan bab 1. Seterusnya bab 2, bab yang ditanya dalam soalan-soalan di bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bab 2 ini dipecahkan kepada empat bahagian iaitu Malaysia kekal berdaulat:
2.1 Negara Berdaulat
2.2 Perlembagaan Persekutuan
2.3 Tadbir Urus Negara
2.4 Malaysia kekal Berdaulat
Ulasan
Catat Ulasan