Pengenalan kepada Pengajian Am

900 Pengajian Am ialah sebuah mata pelajaran STPM yang wajib diambil oleh setiap calon STPM tidak kira calon sekolah kerajaan/swasta/individu dan tidak kira aliran mana aliran sains atau sains sosial. Mengapakah mata pelajaran ini WAJIB diambil oleh setiap calon STPM? Hal ini kerana Pengajian Am adalah salah satu syarat bagi pelajar lepasan STPM yang ingin memasuki ke Universiti bagi pengajian ijazah pertama. Oleh kerana itulah mata pelajaran ini wajib diambil.

Pengenalan Pengajian Am: 

Pengajian Am ialah mata pelajaran peringkat STPM yang menyepadukan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai pembelajaran sepanjang hayat. Kandungan mata pelajaran ini meliputi aspek sains, sains sosial, kenegaraan, isu dan cabaran semasa. Kemahiran yang ditekankan ialah keupayaan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, melaksanakan kajian saintifik, serta menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Mata pelajaran ini juga menerapkan kesedaran tentang pengalaman manusia dan persekitarannya termasuk warisan sendiri. Selain itu, memupuk rasa cinta akan negara, tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, komuniti dan masyarakat serta hormat terhadap budaya dan masyarakat lain. 

Matlamat Pengajian Am:

Sukatan pelajaran Pengajian Am berhasrat melahirkan pelajar prauniversiti yang menguasai ilmu dan mengamalkannya secara bersepadu, berfikiran matang, berkemahiran, berakhlak dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, bangsa, negara dan alam sejagat. 

Objektif Pengajian Am: 
1. Ilmu 
(a) Membolehkan pelajar memahami dan menghayati isu daripada pelbagai perspektif ilmu
(b) Mampu memahami hubung kait ilmu daripafa pelbagai disiplin dan berupaya menyepadukannya 
(c) Memahami dan peka kepada perkembangan dan cabaran perubahan semasa persekitaran 
(d) Memahami dan menghayati sistem pemerintahan negara dan tadbir urus baik 

2. Kemahiran 
(a) Berfikiran matang dengan mengaplikasi pelbagai ilmu untuk menyelesaikan pelbagai masalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif 
(b) Berkeupayaan memahami, menganalisis dan berkomunikasi secara berkesan 
(c) Berkemampuan menganalisis dan mentafsir pelbagai bentuk media secara logik dan kritis
(d) Berkebolehan mencari dan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber 
(e) Berkebolehan belajar secara kendiri dan berterusan serta membina pengetahuan baharu dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
(f) Berkeupayaan menyampaikan ilmu dan pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif melalui pelbagai bentuk komunikasi 
(g) Berkeupayaan berinteraksi dan bekerjasama dalam kumpulan 

3. Nilai 
(a) Percaya dan patuh kepada agama 
(b) Bersikap patriotik San peka tentang perkembangan serta cabaran negara 
(c) Bersatu demi kesejahteraan bersama 
(d) Mengutamakan kebajikan dan kepentingan umum 
(e) Bersikap berani dalam mengutarakan idea
(f) Bersikap terbuka terhadap pelbagai buah fikiran, pandangan dan cadangan 
(g) Berintegriti dan berkeyakinan 
(h) Bersikap positif dan berdaya saing secara sihat 
(i) Menghayati budaya kerja yang positif, kreatif dan inovatif 

Dipetik daripada 900 Pengajian Am, STPM, Majlis Peperiksaan Malaysia 

Sukatan pelajaran Pengajian Am: 
Penggal 1 
Bab 1: Kemahiran Belajar 

Bab 2: Malaysia Kekal Berdaulat 
2.1 Negara Berdaulat 
2.2 Perlembagaan Persekutuan 
2.3 Tadbir Urus Negara 
2.4 Kedaulatan Malaysia 

Penggal 2 + Kerja Kursus 
Bab 3: Alih Bentuk Komunikasi 
3.1 Linear kepada bukan linear

Bab 4: Malaysia Maju dan Sejahtera 
4.1 Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera 
4.2 Ideologi, wawasan, dan Dasar Pembangunan Negara

Penggal 3 
Bab 6: Alih Bentuk Komunikasi 
6.1 Bukan Linear kepada Linear 

Bab 7: Malaysia dan Negara Luar 
7.1 Hubungan Diplomatik 
7.2 Penglibatan, peranan dan sumbangan Malaysia 
7.3 Isu dan Cabaran 


Skim Pentaksiran Pengajian Am: 

Penggal 1 900/1 
Ujian Bertulis: 
Bahagian A: 15 soalan aneka pilihan jawab semua soalan (15m) 

Bahagian B: 4 soalan struktur jawab semua soalan (15m) 

Bahagian C: 3 soalan esei jawab 2 daripada 3 soalan (50m) 

Masa Menjawab: 2 Jam 
Jumlah markah: 80m
Wajaran: 29% 

Penggal 2 900/2 
Ujian Bertulis: 
Bahagian A: 4 soalan struktur jawab semua soalan (15m) 

Bahagian B: 2 soalan alih bentuk komunikasi jawab 1 daripada 2 soalan (20m) 

Bahagian C: 2 soalan esei jawab 1 daripada 2 soalan (25m) 

Masa Menjawab: 1 Jam 30 Minit
Jumlah markah: 60m 
Wajaran: 22% 

Pengajian Am 4 
Kerja Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 

Masa Menjawab: Sepanjang penggal 2 
Wajaran: 20%

Penggal 3 900/3 
Bahagian A: 15 soalan aneka pilihan jawab semua soalan (15m)

Bahagian B: 2 soalan alih bentuk komunikasi jawab 1 daripada 2 soalan (20m)

Bahagian C: 3 soalan esei jawab 2 daripada 3 soalan esei (50m) 

Masa Menjawab: 2 Jam
Markah: 80m 
Wajaran: 29%

Rumusan skim pentaksiran: 
Pengajian Am 1: 29%
Pengajian Am 2: 22% 
Pengajian Am 3: 29% 
Pengajian Am 4: 20% 


Semoga pengenalan kepada Pengajian Am ini boleh memberikan gambaran awal kepada pelajar-pelajar yang ingin memasuki ke tingkatan enam dan pelajar tingkatan enam yang baru saja menjejakkan kaki ke tingkatan enam. Selain itu diingatkan kepada setiap calon STPM agar belajar dengan bersungguh-sungguh bagi subjek ini kerana Pengajian Am WAJIB lulus. Lulus iaitu mendapatkan PNGK 2.00 (C). Sudah dimaklumkan bahawa Pengajian Am adalah subjek wajib bagi pelajar lepasan STPM yang ingin menyambung belajar justeru wajarlah mata pelajaran ini diwajibkan untuk lulus. Peperiksaan penggal 1 dan penggal 2 boleh diulang semula. Setiap calon Pengajian Am WAJIB menyiapkan tugasan kerja kursus Pengajian Am atau Pengajian Am 4 sebagai sebuah komponen pentaksiran mata pelajaran ini. Jangan berputus asa jika tidak boleh skor buat kali pertama (Peperiksaan 1) cuba lagi di peperiksaan berikutnya. 












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam

Tingkatan Enam- Apa Yang Anda Perlu Tahu