Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

Tip Skor Pengajian Am Semester 1

TIP SKOR PENGAJIAN AM STPM  Wajib bagi setiap calon STPM mengambil kertas peperiksaan Pengajian Am tidak kira jenis calon dan aliran yang dipilih. Selain itu, setiap pelajar STPM juga mestilah lulus penuh iaitu PNGK 2.00 ( C ) bagi melayakkan pelajar lepasan STPM ini memohon untuk menyambung belajar di peringkat Ijazah Pertama.  Sebelum kita mendalami dengan lebih lanjut tentang bagaimanakah seseorang pelajar tingkatan enam menskor mata pelajaran ini hendaklah kita lihat semula kandungan sukatan pelajaran Pengajian Am ini. Bermula dengan semester 1.  SEMESTER 1  Semasa semester 1 atau penggal 1, pelajar STPM akan mempelajari dua buah bab dalam mata pelajaran Pengajian Am iaitu Bab 1: Kemahiran Belajar dan Bab 2:Malaysia Negara Berdaulat. Untuk makluman, bab 1 hanyalah sekadar pengetahuan am sahaja yang perlu diketuai oleh setiap pelajar, kemahiran-kemahiran yang diajar seperti kemahiran membaca, kemahiran berfikir, kemahiran mengumpul maklumat dan lain-lain sekadar p...

Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam

Untuk makluman semua, terdapat tiga jenis pusat tingkatan enam iaitu pusat tingkatan enam mod 1, pusat tingkatan enam mod 2 dan pusat tingkatan enam mod 3.  Kolej Tingkatan Enam (Mod 1) Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya pelajar-pelajar tingkatan enam sahaja dan diajar oleh guru-guru yang dilantik untuk mengajar pelajar tingkatan enam. Pusat Tingkatan Enam (Mod 2) Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di bawah sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walaubagaimanpun, pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam. Pusat Tingkatan Enam (Mod 3) Sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas jauh daripada Bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam dan beroperasi di bawah sekolah arus perdana dibantu oleh Pengetua arus perdana dan Penolong Kanan Tingkatan Enam. Selaras dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 pihak Kemen...

Pengenalan kepada Pengajian Am

900 Pengajian Am ialah sebuah mata pelajaran STPM yang wajib diambil oleh setiap calon STPM tidak kira calon sekolah kerajaan/swasta/individu dan tidak kira aliran mana aliran sains atau sains sosial. Mengapakah mata pelajaran ini WAJIB diambil oleh setiap calon STPM? Hal ini kerana Pengajian Am adalah salah satu syarat bagi pelajar lepasan STPM yang ingin memasuki ke Universiti bagi pengajian ijazah pertama. Oleh kerana itulah mata pelajaran ini wajib diambil. Pengenalan Pengajian Am:  Pengajian Am ialah mata pelajaran peringkat STPM yang menyepadukan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai pembelajaran sepanjang hayat. Kandungan mata pelajaran ini meliputi aspek sains, sains sosial, kenegaraan, isu dan cabaran semasa. Kemahiran yang ditekankan ialah keupayaan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, melaksanakan kajian saintifik, serta menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Mata pelajaran ini juga menerapkan kesedaran tentan...

Tingkatan Enam- Apa Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya ingin berkongsi tentang laluan prauniversiti STPM. STPM ini sudah ada di Malaysia sejak berpuluhan tahun lamanya, namun demikian masyarakat masih tidak begitu arif tentangnya walaupun pelajar STPM adalah bilangan pelajar paling ramai di Universiti Awam (UA). Mengapa ini terjadi? Terlebih dahulu saya ingin menceritakan tentang hala tuju selepas SPM.  Selepas menamatkan pengajian menengah atas iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 dan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah tentu pelajar lepasan SPM tertanya-tanya apakah hala tuju mereka selepas ini?  Pengajian pelajar lepasan SPM seterusnya adalah pengajian prauniversiti. Terdapat banyak bidang prauniversiti yang ditawarkan di Malaysia iaitu STPM, STAM, Matrikulasi KPM, Asasi UA, Diploma UA, Diploma Politeknik, Diploma IPTS dan lain-lain laluan prauniversiti. Jadi yang manakah menjadi pilihan pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pengajian ke pe...

Mata Pelajaran STPM

Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) disediakan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). MPM menetapkan terdapat 23 mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon STPM:  900 Pengajian Am  910 Bahasa Melayu  911 Bahasa Cina  912 Bahasa Tamil  913 Bahasa Arab  920 Literature in English  922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif  930 Usuluddin  931 Syariah  932 Tahfiz Al-Quran  940 Sejarah  942 Geografi  944 Ekonomi  946 Pengajian Perniagaan  948 Perakaunan  950 Mathematics (M) 954 Mathematics (T)  958 Information And Communications Technology (ICT) 960 Physics  964 Chemistry  966 Biology  968 Sains Sukan  970 Seni Visual  Setiap calon STPM diwajibkan mengambil 4 mata pelajaran. Mata pelajaran Pengajian Am adalah wajib bagi setiap calon. Pelajar boleh mengambil 5 mata pelajaran tetapi hanya markah 4 mata pelajaran terbaik saja akan dikira.  Bergantung pada pusat ...