Pengenalan kepada Pengajian Am
900 Pengajian Am ialah sebuah mata pelajaran STPM yang wajib diambil oleh setiap calon STPM tidak kira calon sekolah kerajaan/swasta/individu dan tidak kira aliran mana aliran sains atau sains sosial. Mengapakah mata pelajaran ini WAJIB diambil oleh setiap calon STPM? Hal ini kerana Pengajian Am adalah salah satu syarat bagi pelajar lepasan STPM yang ingin memasuki ke Universiti bagi pengajian ijazah pertama. Oleh kerana itulah mata pelajaran ini wajib diambil. Pengenalan Pengajian Am: Pengajian Am ialah mata pelajaran peringkat STPM yang menyepadukan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai pembelajaran sepanjang hayat. Kandungan mata pelajaran ini meliputi aspek sains, sains sosial, kenegaraan, isu dan cabaran semasa. Kemahiran yang ditekankan ialah keupayaan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, melaksanakan kajian saintifik, serta menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Mata pelajaran ini juga menerapkan kesedaran tentan...
Ulasan
Catat Ulasan